Sabtu, 21 Januari 2012

WANG DAN DIRI ANDA


Koleksi duit-duit lama di sini http://mmczone.multiply.com/journal/item/311



(1)   WANG DAN ANDA

TOPIK: PERSAHABATAN DIRI ANDA DENGAN DUIT-BAIK ATAU BURUK. 

SEMBANG
Duit, Wang, Sen, Pitis, Money - semuanya adalah alat yang boleh menunaikan hampir semua keperluan dan kehendak diri anda. Banyak manfaat dan mudarat yang terhasil kerana duit. Cuba kita ibaratkan duit ni seperti ‘seorang kekasih’-Cewah!. Seorang kekasih yang membahagiakan tapi juga boleh mendukacitakan. Aweks,girlfrend, malah bini/isteri sekalipun yang 4,5 orang tu kita boleh ‘buang dan lepaskan’ apabila dah pening kepala sangat dan tak dapat diselamatkan. Tetapi, walau pecah kepala sekalipun kekasih kita bernama DUIT/WANG ini tak mungkin kita dapat lepaskan sebab keperluan hidup kita ada padanya. Mahu tak mahu, semua orang kena ‘expert’ bab-bab DUIT/WANG ni. Persoalannya: Bagaimana kita nak pastikan hubungan diri kita dengan kekasih yang sorang ni sentiasa terpelihara dan membahagiakan ?. 
Satu sebabje saya bagi kenapa anda semua perlu belajar pengurusan duit – Sebab anda Bukan Bill Gates :0 . “Ala...Bapak aku dah kaya dah,3  4 generasi duit takkan abis punya”. Satu sebab gak saya bagi kenapa tetap perlu belajar bab duit – Mencari duit dan Menjaganya adalah 2 perkara berbeza!. Ilmu kewangan dapat mengekalkannya sentiasa  bertambah dan tersimpan baik.
Duit ibarat sumber asli terhad yang sukar dicari. Harus diguna dengan cermat,berhemah dan bijaksana kerana ketidaktentuan keadaan pada masa depan.

Mengapa Orang Mahukan Duit?
Umumnya, rakyat Malaysia menghargai nilai duit. Orang mahukan duit supaya mereka boleh hidup. Mereka mahukan duit untuk menjaga diri dan keluarga mereka sendiri. Tetapi orang juga mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa: Duit menjadikan anda penting. Duit adalah keyakinan diri. Anda adalah pendapatan anda. Budaya kita juga memberitahu kita bahawa memiliki banyak benda akan menggembirakan kita. Apa yang kita lihat dan dengar, mencadangkan bahawa kita boleh membeli perasaan. Jika kita mengambil perhatian akan semua ini, jiwa kita boleh jadi kosong. Kita boleh menjadi muflis atau tidak gembira.

Apa Yang Duit Boleh Buat atau Tidak Boleh Buat?
Walaupun budaya kita mengatakan bahawa duit adalah jawapan kepada segala masalah kita, kita juga mendengar yang duit itu jahat: Duit adalah punca segala kejahatan. Duit menghancurkan! Mari kita lihat apa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:

“Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur”.
“Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa”.
“Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan”.
“Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan”.
“Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan”.
“Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”
Anda lihat, Duit bukanlah segalanya!

Kuncinya bukan berapa banyak duit yang anda miliki tetapi bagaimana anda menggunakannya. Perbelanjaan anda perlu mengikut nilai-nilai anda. Nilai-nilai murni andalah yang penting bagi anda. Ini memerlukan perancangan dan latihan. Melainkan anda menggunakan duit sebagai alat, dengan mudah ia boleh menjadi perangkap!

Sebagai Muslim, Janganlah kita lupa pemberi rezeki yang hakiki adalah Allah S.W.T bukannya tangan-tangan manusia.   “Seorang bodoh dan duitnya tidak akan kekal lama bersama.”

SUMMARY
Mari sama-sama amalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup diri kita dan keluarga kita. Sungguh-sungguh anda semua percayalah bahawa, semakin banyak anda berilmu dan berpengetahuan tentang urus wang, semakin berhemat anda dalam urus wang anda.